harith | Rabu, Februari 12, 2014 |
variasi
Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia di Segitiga Bermuda

Tanggal 8 April
2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari
itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang
ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover
kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar
dari malaysia.
Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB
diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan
ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang
masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan
berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar
tanpa sebarang masalah.
Petang menyinsing dan ketibaan kami
disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan
berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan
mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu
walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar
keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.
Aku,ramzul dan
bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30
kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la
jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja
dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni.
aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul
diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar
lalu dia menegur. "weh apsal ko termenung bro"? sapa bahtiar sambil
menolak bahuku. "Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover
kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata
pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. "Entah la aku pon pelik juga
kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni"?
sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba
bahtiar menempik dalam nada yang sederhana "weii.. bukan ke kalau nak ke
bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana"? kata bahtiar. "ha
ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku
join cover ni" kata ramzul. Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar
kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika
mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak
gelisah.."segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank
risau apehal"? seloroh aku.. "ye la kamu jangan cakap sembarangan dah
lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu". kata-kata ramzul seperti
meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak
tentu pasal. " dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa
disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu
memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah
yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding
kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti
Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan" madah aku
dengan penuh yakin.
Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3
minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk
mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah
kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang
boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di
setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang
datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk
pengesahan.
Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu
detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada
pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas
dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda.
Bahtiar
dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di
bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. "
apa... kapten tak berasa risau melalui laluan ni"? tanyaku dengan penuh
berani. "ini pertama kali saya mengikuti laluan ni... sebelum ini kawan
saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan
ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di
pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal
yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang
menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana
setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas
di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal
yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala
kebenaran yang dia katakan" kata beliau dengan nada yang sedikit
kesedihan.
Aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul
yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku
kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit
berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg
melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.
Ramzul
dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan
keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya
melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di
lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju " weiii.. korang
nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul
pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali
kabus yang semakin tebal dan hitam. " mana tak ada apa2 pon" pintas
ramzul. " ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu. " apa yang
kamu nampak" kata ku. ''aku nmpak kapal'' jawab bahtiar. "Ahhh.. kapal
pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini'' pintas ramzul lagi.
'' takk..aku nampak kapal zaman portugis'' yakin bahtiar lagi. '' biar
betul kamu ni bahtiar''? tanya ku dengan penuh kepastian.
Aku
sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat
sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin
tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut
yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan
diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. " ramzulll.. minorrr''
jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau
pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut
dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu
nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama
kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah
dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan
atlantik ini utk mendarat di bahamas .
Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang
ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka
semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar
setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami
rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo
kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia
beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal
tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia
pon didalam kapal tersebut.
Tiba-tiba siren kapal kargo kami
kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten
zulfakar dalam keadaan cemas.. '' apa yang terjadi kapten''? "entahlah
saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar
sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan
pantas menenggelamkan diri'' kata kapten zul. aku melihat kembali di
luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini.
Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir
sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan
tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila
dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.
Aku turun dan
membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka
sedar.. '' apa yang kita nak buat ni?'' kata bahtiar. angin semakin
kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari
perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan... para pasukan
keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku
melihat kedepan '' ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang
menghampiri '' kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan
terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di
posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami
tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut
dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan
kapal yang tidak stabil. ''ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku
dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya" kataku di hati kecil". dengan tak
semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami
seperti gelombang magnetik dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2
tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini
seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.
kilat
terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru
kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu
muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami
lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri
tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk
rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan
mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan.
aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata "cepat AZAN..
tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan .. ya Allah kabus hitam itu
menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang
kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah
kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar
dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami
ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan
terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan
yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak
bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku
Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA
BESAR... ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan
selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung
nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai
melaungkan Azan.. dan sekali gus didalam kapal itu bergema Azan..
selesai Azan telingaku seperti jelas terdengar dari mana datangnya
tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi " Wa ja ‘alna mim baini
aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa
yubsiruun " diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga
ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon
melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan
termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula
cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus
menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat
hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh
membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata " TIADA SANGSI
LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR
KEHADRATMU" krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari
bertapa tidak bermayanya aku.
Keadaan pulih seperti biasa ramzul
dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas
kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan
bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya
melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus. apabila barang2 kargo
di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita
yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri dimana perkara yang
sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas
yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar
seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus
seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai
di tengah lautan atlantik. perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat
apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga
berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan
apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2
telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya
apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam
kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang Maha Esa sehingga
terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah..
perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari
bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan
Atlantik.. ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR.. wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan