Kembali mengingati peristiwa tahun 90-an, dunia gempar dengan berita
seorang bayi berumur 2 bulan dari keluarga Katholik di Afrika yang
menolak dibaptiskan. "Mama, unisibi baptize naamini kwa Allah, na jumbe
wake Muhammad" (Ibu, tolong jangan baptis saya. Saya adalah orang yang
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, Muhammad).
Ayah dan ibunya, Domisia-Francis, kebingungan. Kemudian didatangkan
seorang pendeta untuk bercakap dengan bayinya itu: "Are You Isa?"
(Adakah kamu Isa?).
Kemudian dengan tenang si bayi Syarifuddin menjawab: "No, I'M not Isa.
I'M created by God. God, The same God who created Jesus "(Tidak, aku
bukan Isa. Aku dicipta oleh Tuhan, Tuhan yang sama dengan yang mencipta
Isa). Masa itu ribuan umat Kristian di Tanzania dan sekitarnya dipimpin
budak ajaib itu mengucapkan dua kalimah syahadah.
![]() |
Syarifuddin Khalifa |
Budak Afrika kelahiran 1993 itu di lahirkan di Tanzania Afrika, anak
keturunan bukan Muslim. Sekarang bayi itu sudah remaja, setelah ribuan
orang di Tanzania-Kenya memeluk agama Islam berkat dakhwahnya semenjak
kecil. Syarifuddin Khalifah namanya, bayi ajaib yang mampu bercakap
pelbagai bahasa seperti Arab, Inggeris, Perancis, Itali dan Swahili. Ia
pun pandai berceramah dan menterjemahkan al-Quran ke pelbagai bahasa
tersebut. Hal pertama yang sering dia ucapkan adalah: "anda bertaubat,
dan anda akan diterima oleh Allah swt."
Syarifuddin Khalifah hafal al-Quran 30 juz di usia 1 tahun setengah dan
sudah menunaikan solat 5 waktu. Di usia 5 tahun ia mahir berbahasa Arab,
Inggeris, Perancis, Itali dan Swahili. Satu bukti kuasa Allah untuk
menjadikan manusia boleh bercakap dengan pelbagai bahasa tanpa perlu
diajar.
a. Latar Belakang Syarifuddin Khalifah
Mungkin anda hairan bahkan tidak percaya, jika ada orang yang mengatakan
bahawa di zaman moden ini ada seorang anak dari keluarga bukan Muslim
yang hafal al-Quran dan boleh solat pada umur 1 tahun setengah,
menguasai lima bahasa asing pada usia 5 tahun, dan telah mengislamkan
lebih dari 1,000 orang pada usia yang sama. Tapi begitulah kenyataannya,
dan oleh itu dia disebut sebagai budak ajaib; sebuah tanda kebesaran
Allah swt.
Syarifuddin Khalifah, namanya. Ia dilahirkan di bandar Arusha, Tanzania.
Tanzania adalah sebuah negara di Afrika Timur yang berpenduduk 36 juta
orang. Sekitar 35% penduduknya beragama Islam, disusuli Kristian 30% dan
selebihnya pelbagai kepercayaan terutama animisme. Namun, bandar Arusha
tempat kelahiran Syarifuddin Khalifah, majoriti penduduknya beragama
Katolik. Yang kedua adalah Kristian Anglikan, kemudian Yahudi, baru
Islam dan terakhir Hindu.
Seperti kebanyakan penduduk Ashura, ibu bapa Syarifuddin Khalifah juga
beragama Katolik. Ibunya bernama Domisia Kimaro, manakala ayahnya
bernama Francis Fudinkira. Suatu hari di bulan Disember 1993, tangisan
bayi membahagiakan keluarga itu. Sedar bahawa bayinya lelaki, mereka
lebih gembira lagi.
Sebagaimana penganut Katolik lain, Domisia dan Francis juga menyambut
bayinya dengan ritual-ritual Nasrani. Mereka pun berkeinginan membawa
bayi comel itu ke gereja untuk dibaptis secepatnya. Tidak ada yang aneh
saat mereka melangkah ke Gereja. Namun ketika mereka hampir memasuki
altar gereja, mereka dikejutkan dengan suara yang aneh. Ternyata suara
itu adalah suara bayi mereka. "Mama usinibibaptize, naamini kwa Allah wa
jumbe wake Muhammad!" (Ibu, tolong jangan baptis saya. Saya adalah
orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, Muhammad).
Mendengar itu, Domisia dan Francis gementar. Keringat dingin bercucuran.
Setelah saling berpandangan dan sedikit perbincangan, mereka memutuskan
untuk membawa kembali bayinya pulang. Tidak jadi membaptisnya.
Awal Mac 1994, ketika usianya melewati dua bulan, bayi itu selalu
menangis ketika hendak disusui ibunya. Domisia merasa bingung dan
bimbang bayinya kurang zat jika tidak mahu minum susu ibu. Tetapi,
pemeriksaan doktor menyatakan dia sihat. Kebimbangan Domisia merosot.
Bayinya sihat tanpa kekurangan suatu apa pun. Tidak ada penjelasan
mengapa Allah mentakdirkan Syarifuddin Khalifah tidak mahu minum susu
ibu daripada ibunya selepas dua bulan.
Di tengah kebiasaan bayi-bayi belajar mengucapkan satu suku kata seperti
panggilan "Ma" atau lain-lain, Syarifuddin Khalifah pada usianya yang
baru empat bulan mulai mengeluarkan lafaz-lafaz aneh. Beberapa jiran
serta keluarga Domisia dan Francis kehairanan melihat bayi itu bertutur.
Mulutnya bergerak pelan dan berbunyi: "Fatuubuu ilaa baari-ikum
faqtuluu anfusakum dzaalikum khairun lakum 'inda baari-ikum, fataaba'
alaikum innahuu huwattawwaburrahiim."
Orang-orang yang takjub menimbulkan ketegangan sementara namun kemudian
mereka diam dalam keheningan. Malangnya, waktu itu mereka tidak
mengetahui bahawa yang dibaca Syarifuddin Khalifah adalah QS. al-Baqarah
ayat 54.
Domisia bimbang anaknya dirasuk syaitan. Ia pun membawa bayi itu ke
paderi, namun tetap saja Syarifuddin Khalifah mengulang-ulang ayat itu.
Hingga kemudian cerita bayi dirasuk syaitan itu terdengar oleh Abu Ayub,
salah seorang Muslim yang tinggal di kawasan itu. Ketika Abu Ayub
datang, Syarifuddin Khalifah juga membaca ayat itu. Tiada kuasa melihat
tanda kebesaran Allah, Abu Ayub sujud syukur dekat bayi itu.
"Francis dan Domisia, sesungguhnya anak kamu tidak dirasuk syaitan. Apa
yang dibacanya adalah ayat-ayat al-Qur'an. Intinya ia mengajak kalian
bertaubat kepada Allah, "kata Abu Ayub.
Beberapa waktu selepas itu Abu Ayub datang lagi dengan membawa mushaf.
Dia memperlihatkan kepada Francis dan Domisia ayat-ayat yang dibaca oleh
bayinya. Mereka berdua menangguh waktu dalam pergelutan batin untuk
beriman. Keduanya pun akhirnya mendapatkan hidayah. Mereka masuk Islam.
Sesudah masuk Islam itulah mereka memberikan nama untuk anaknya sebagai
"Syarifuddin Khalifah".
Keajaiban seterusnya muncul pada usia 1 tahun setengah. Ketika itu,
Syarifuddin Khalifah mampu melakukan solat serta menghafal al-Quran dan
Bible. Lalu pada usia 4-5 tahun, dia menguasai lima bahasa. Pada usia
itu Syarifuddin Khalifah mula melakukan safari dakwah ke pelbagai
penjuru Tanzania hingga ke luar negeri. Hasilnya, lebih dari seribu
orang masuk Islam.
b. Kisah Nyata Syarifuddin Mengislamkan Ribuan Orang
Kisah nyata ini terjadi di Daerah Pumwani, Kenya, tahun 1998. Ribuan
orang telah berkumpul di lapangan untuk melihat budak ajaib, Syarifuddin
Khalifah. Usianya baru 5 tahun, tetapi namanya telah menjadi buah bibir
kerana pada usia itu ia telah menguasai lima bahasa. Oleh umat Islam
Afrika, Syarifuddin digelar Miracle Kid of East Africa.
Perjalanannya ke Kenya saat itu merupakan sebahagian dari rangkaian
safari dakwah ke luar negeri. Sebelum itu, ia telah berdakwah ke hampir
seluruh bandar di negaranya, Tanzania. Masyarakat Kenya mengetahui
keajaiban Syarifuddin dari mulut ke mulut. Tetapi tidak sedikit juga
yang telah menyaksikan budak ajaib itu melalui Youtube.
Orang ramai agaknya tak sabar menanti. Mereka melihat-lihat dan
menyelidik sama ada kereta yang datang membawa Syarifuddin Khalifah.
Beberapa waktu kemudian, Syaikh kecil yang mereka nantikan akhirnya
tiba. Ia datang dengan pengawalan ketat seperti seorang presiden.
Ribuan orang yang menanti Syarifuddin Khalifah rupanya bukan hanya orang
Muslim. Tak kurang orang-orang Kristian yang ikut hadir kerana rasa
ingin tahu mereka. Mungkin juga kerana mereka mendengar bahawa budak
ajaib itu dilahirkan dari keluarga Katolik, tetapi hafal al-Quran pada
usia 1 tahun setengah. Mereka ingin melihat Syarifuddin Khalifah secara
langsung.
Ditemani Haji Maroulin, Syarifuddin menuju khemah yang sudah disiapkan.
kegembiraan masyarakat Kenya tampak jelas dari keghairahan mereka
menyambut Syarifuddin. Wajar jika anak sekecil itu mempunyai wajah yang
comel. Tetapi bukan hanya comel. Ada kewibawaan dan ketenangan yang
membuat orang-orang Kenya takjub dengannya. Mengalahkan kematangan orang
dewasa.
Kini saatnya Syaikh kecil itu memberikan taushiyah. Tangannya yang dari
tadi bermain jari-jarinya, berhenti apabila namanya disebut. Ia bangkit
dari kerusi menuju podium.
Setelah salam, ia memuji Allah dan berselawat kepada Nabi. Bahasa
Arabnya sangat fasih, diakui oleh para ulama yang hadir pada kesempatan
itu. Hadirin benar-benar takjub. Bukan hanya kagum dengan kemampuannya
berceramah, tetapi juga isi ceramahnya membuka mata hati orang-orang
Kristian yang hadir pada saat itu. Ada seberkas cahaya hidayah yang
masuk dan menelusup ke jantung nurani mereka.
Selain pandai menggunakan ayat al-Quran, sesekali Syarifuddin juga
mengambil kitab suci agama lain. Membuat pendengarnya terbawa untuk
menyemak semula kebenaran teks ajaran dan keyakinannya selama ini.
Setelah ceramah selesai, orang-orang Kristian mengajak berdialog dengan
budak ajaib itu. Syarifuddin melayani mereka dengan baik. Mereka
bertanya tentang Islam, Kristian dan kitab-kitab terdahulu. Si Syaikh
kecil mampu memberikan jawaban yang memuaskan. Dan itulah saat-saat
hidayah. Ratusan penganut Kristian yang telah berkumpul di sekitar
Syarifuddin mengucapkan syahadah. Bersalaman tangan salah seorang
perwakilan mereka, Syarifuddin menuntun syahadat dan mereka mengikut:
"Asyhadu an laa ilaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan
Rasuulullah."
Syahadat agak tergagap-gagap. Tetapi hidayah telah membawa iman. Mata
dan pipi pun menjadi saksi, air mata mula berlinang oleh luapan
kegembiraan. Menjalani hidup baru dalam Islam. Takbir dari ribuan kaum
muslimin yang menyaksikan peristiwa itu terdengar membahana di bumi
Kenya.
Bukan kali itu sahaja, orang-orang Kristian masuk Islam melalui
perantaraan budak ajaib Syarifuddin Khalifah. Di Tanzania, Libya dan
negara lain kisah nyata itu juga terjadi. Jika dijumlah, melalui dakwah
Syarifuddin Khalifah, ribuan orang telah masuk Islam. Ajaibnya, itu
terjadi ketika usia Syaikh kecil itu masih 5 tahun.
Para ulama dan habaib sangat menyokong dakwah Syaikh Syarifuddin
Khalifah. Bahkan ulama besar seperti al-Habib ali al-Jufri pun rela
meluangkan waktunya untuk bertemu anak ajaib yang kini remaja dan
berjuang dalam Islam. (Dipetik dari buku Mukjizat dari Afrika, Bocah
yang Mengislamkan Ribuan Orang; Syarifuddin Khalifah).
Oleh: Sosrizad Mesri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan